Episodi

  • Johor Jewels Buru Kejuaraan Netball Super League 2026
    Apr 30 2026
    Demi menjadi juara Netball Super League Malaysia 2026, pasukan Johor Jewels baru-baru ini mengadakan lawatan latihan ke Melbourne untuk mengasah kecekapan anggota pasukannya di gelanggang bola jaring. SBS Bahasa Melayu berpeluang menemui pasukan yang dianggap antara terbaik di tanahair.
    Mostra di più Mostra meno
    10 min
  • Australia's Niue Island Community Honours ANZAC Pioneers - Komuniti Kepulauan Niue Kenang Jasa Perintis ANZAC
    Apr 23 2026
    Forgotten ANZACs from the Pacific Island of Niue. Descendants recall the tragedy filled journey of 150 volunteers, from an isolated tropical atoll, who were thrust into the cauldron of World War I. - Pahlawan ANZAC dari Pulau Niue tidak seharusnya dilupai. Jasa dan pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh generasi baru yang mengenang nasib sekumpulan 150 anak muda kepulauan yang meninggalkan pulau indah aman damai untuk dihantar ke medan peperangan Eropah semasa Perang Dunia Pertama.
    Mostra di più Mostra meno
    9 min
  • Kenapa Warga Melayu Victoria Inginkan Masjid Melayu Tersendiri?
    Apr 19 2026
    Apakah disebalik hasrat warga Melayu di Victoria yang inginkan masjid Melayu mereka tersendiri? SBS Bahasa Melayu menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Persatuan Melayu Islam Australia untuk mengetahui kenapa masjid yang kini sedia ada tidak mencukupi.
    Mostra di più Mostra meno
    14 min
  • KD Lekir Kebanggaan TLDM Capai Misi Bersejarah Mengelilingi Australia
    Apr 15 2026
    KD Lekir, kapal kombatan TLDM baru-baru ini menyertai latihan bersama tentera laut Malaysia-Australia yang turut membabitkan misi bersejarah pelayaran mengelilingi benua Australia. SBS Bahasa Melayu berpeluang melawat kapal perang diraja ini ketika ianya berlabuh di Pelabuhan Melbourne.
    Mostra di più Mostra meno
    17 min
  • Meskipun Jauh Di Perantauan, Warga Melayu di Australia Sakan Berhari Raya
    Apr 7 2026
    Meskipun jauh di perantauan, warga Melayu di Australia, khususnya di Melbourne dan sekitar Victoria, sakan menyambut Eidul Fitri sesama sendiri. SBS Bahasa Melayu mengunjungi rumah terbuka sepasang suami isteri yang sering dianggap bonda dan ayah oleh golongan yang sekian lama terpisah dari sanak saudara di tanahair.
    Mostra di più Mostra meno
    12 min
  • Warga Islam Queensland Raikan Eidul Fitri Dengan Penuh Kesyukuran
    Apr 2 2026
    Pesta Queensland Multicultural Eid Festival 2026 sekali lagi berjaya menarik warga Islam berbilang kaum dari sekitar bandar Brisbane meraikan Eidul Fitri tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan tahunan yang menyatupadukan komuniti migran di negeri yang terkenal sebagai "the Sunshine State".
    Mostra di più Mostra meno
    16 min
  • Iran: Trump Selar Kesatuan Eropah Gagal Menyokong Penuh Tindakan Amerika
    Mar 26 2026
    Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyelar Kesatuan Eropah atas apa yang dianggap beliau sebagai kekurangan sokongan terhadap serangan Amerika Syarikat dan israel ke atas Iran. Iran pula menyatakan bahawa masa untuk rundingan telah berlalu, memberi amaran kepada Eropah supaya tidak mencampur tangan.
    Mostra di più Mostra meno
    10 min
  • Sengketa Timur Tengah Gagal Hambarkan Sambutan Eidul Fitri Warga Melayu Di Australia
    Mar 25 2026
    Demi menghormati umat islam di Timur Tengah yang menghadapi sengketa ketika ini, warga Sarawak, Rosmiati Kamaruddin, berhasrat menyambut Eidul Fitri secara sederhana tahun ini. Namun, sengketa yang berlaku gagal menghambarkan keriangan tetamu warga Melayu beliau yang sekian lama menyambut Hari Raya jauh di perantauan.
    Mostra di più Mostra meno
    7 min