Keluar Sekejap copertina

Keluar Sekejap

Keluar Sekejap

Di: Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Ascolta gratuitamente

A proposito di questo titolo

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact commercial@ksmedia.myKhairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan Politica e governo Scienze politiche
  • EP189 | Kontroversi Azam Baki, Anwar vs Rafizi, BERSATU pecat Hamzah, Petronas Rujuk Mahkamah
    Feb 19 2026

    Episod 189 Keluar Sekejap membincangkan kontroversi terbaharu melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, susulan dakwaan pegangan saham bernilai besar dalam beberapa syarikat tersenarai serta tuduhan kewujudan ‘Corporate Mafia’ dalam landskap korporat negara.Episod ini turut menyentuh ketegangan yang semakin terbuka dan memucak antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.Dalam masa yang sama, keputusan Bersatu memecat Timbalan Presidennya merangkap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, dianalisis dari sudut perebutan kuasa dan kesannya terhadap landskap politik menjelang PRU16.Keluar Sekejap juga membahaskan tindakan PETRONAS memfailkan rujukan ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kepastian perundangan berhubung pertindihan bidang kuasa.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 28 min
  • EP188 | Akmal Racist & Anti DAP?, Garis Merah UMNO, PAS atau PH?, Penyatuan Melayu, Rumah Bangsa
    Feb 11 2026

    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 188 menampilkan tetamu pertama bagi tahun 2026, iaitu YB Datuk Dr Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau berkongsi perjalanan dalam dunia politik, cabaran sebagai pemimpin muda, serta imej lantangnya yang sering mencetuskan perdebatan.Akmal turut menjawab persoalan mengenai kelantangannya terhadap DAP, termasuk dakwaan sama ada pendiriannya bersifat perkauman atau berlandaskan prinsip perjuangan.Perbincangan ini juga merangkumi fokus beliau terhadap isu-isu Melayu, pandangannya terhadap dasar-dasar Kerajaan Madani, serta perbezaan antara sentimen dan fakta dalam landskap politik semasa.Selain itu, beliau berkongsi pandangan mengenai masa depan UMNO sebagai “rumah bangsa” bagi penyatuan Melayu, cadangan kerjasama dengan PAS, penolakan terhadap kerjasama dengan PH, serta strategi menjelang PRN Melaka.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 54 min
  • [SPECIAL EPISODE] | KS Live @ Coastal Combat Desaru Coast ft Datuk Shahnaz & Murray Aitken
    Feb 5 2026

    Keluar Sekejap bersiaran secara langsung dari Coastal Combat, Desaru Coast, membincangkan bagaimana sukan kini menjadi antara pemacu utama pelancongan serta penjenamaan Johor di peringkat antarabangsa, khususnya di Desaru Coast.


    Segmen pertama menampilkan Dato' Muhammad Shahnaz Azmi, Presiden Muay Thai Malaysia, yang berkongsi perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia, penyertaan atlet antarabangsa dalam Coastal Combat, serta peranan acara seumpama ini dalam menyokong agenda Visit Johor 2026 dan memposisikan Desaru Coast sebagai destinasi sukan bertaraf dunia.


    Segmen kedua bersama Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast, mengupas peranan jenama antarabangsa dalam menyokong penganjuran acara sukan bertaraf dunia seperti IRONMAN dan World Amateur Golfers Championship (WAGC). Perbincangan turut menyentuh kekuatan infrastruktur, fasiliti, serta kebolehcapaian Desaru Coast sebagai lokasi strategik bagi acara sukan dan MICE.


    Antara acara utama yang bakal berlangsung ialah IRONMAN 70.3 Desaru Coast, 5150 Desaru Coast, Sprint Triathlon, dan IRONKIDS Desaru Coast pada 10–12 Julai 2026, serta World Amateur Golfers Championship (WAGC) pada 23–31 Oktober 2026.


    Ikuti perkembangan terkini di:

    📍 https://www.instagram.com/desarucoastmalaysia

    📍 https://www.instagram.com/hrhdesarucoast

    Mostra di più Mostra meno
    47 min
Ancora nessuna recensione