KS EP187 | U-turn Ujian Diagnostik, IJM-Sunway, Ternakan Babi Selangor, Pergolakan Tentera China
Impossibile aggiungere al carrello
Rimozione dalla Lista desideri non riuscita.
Non è stato possibile aggiungere il titolo alla Libreria
Non è stato possibile seguire il Podcast
Esecuzione del comando Non seguire più non riuscita
-
Letto da:
-
Di:
A proposito di questo titolo
Episod 187 Keluar Sekejap mencatat sejarah apabila buat pertama kali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tidak berada di sofa, dengan episod ini menampilkan Zaidel dan Dr Ong Kian Ming sebagai pengemudi perbincangan.Episod ini dimulakan dengan isu cadangan ujian diagnostik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sebelum memasuki Tahun 1 yang akhirnya dibatalkan oleh Perdana Menteri.Turut dibincangkan ialah perkembangan melibatkan IJM Corporation Berhad susulan siasatan SPRM dan tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM11 bilion oleh Sunway Berhad, yang mencetuskan persoalan berkaitan tadbir urus korporat, ketelusan dan keyakinan pelabur.Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan lebih sedekad turut disentuh, termasuk pencemaran, sensitiviti komuniti setempat serta kemurkaan Sultan Selangor terhadap cadangan pemindahan ke Bukit Tagar.Di peringkat antarabangsa, penyingkiran dua jeneral kanan tentera China dibedah dari sudut implikasi geopolitik, selain perbincangan mengenai kontroversi Festival Muzik Air KL sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan potensi impaknya terhadap industri pelancongan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my