• Bagaimana seorang bukan perokok boleh mendapat kanser paru-paru?
    Nov 1 2025

    Karisma berkongsi kisah arwah makciknya, Jamela, seorang pejuang kanser paru-paru tahap 4 yang tetap berkhidmat sebagai jururawat walaupun sedang sakit. Bersama para pakar dan 365 Cancer Prevention Society (365CPS), mereka membincangkan bagaimana kanser paru-paru, antara kanser paling berbahaya di Singapura, juga boleh menyerang bukan perokok, kepentingan pengesanan awal, serta sokongan yang tersedia. Kempen Are You at Risk? ialah satu-satunya saringan kanser paru-paru percuma di Singapura untuk golongan berpendapatan rendah.

    Are You at Risk? Kelayakan Saringan:
    * Mempunyai kad CHAS biru atau oren, atau kad Bantuan Awam (PA) yang sah
    * Berumur antara 50 hingga 80 tahun dan mempunyai sejarah merokok ≥ 20 pek-tahun, sama ada masih merokok atau berhenti < 15 tahun lalu
    * Atau berumur antara 50 hingga 75 tahun dengan sejarah keluarga peringkat pertama (ibu bapa, anak, atau adik-beradik) yang menghidap kanser paru-paru bagi bukan perokok

    🎧 Dengar kisah inspirasi ini dan daftar untuk saringan percuma anda dari sekarang hingga 15 November 2025 di: https://bit.ly/365cpsayar25

    #areyouatrisk #lungcancerawareness #lungcancer

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    47 min
  • Fadli Kamsani: Dari Luka ke Redha – Membuka kisah hidup yang jarang dikongsi
    Jul 10 2025

    Penyiar dan personaliti Fadli Kamsani membuka kisah hidup yang jarang dikongsi—tentang luka yang lama dipendam terhadap arwah ayahnya, perjuangan dalam dunia hiburan dan nightlife, serta titik perubahan apabila dia mula mengambil tanggungjawab atas hidupnya sendiri. Dalam episod ini, Fadli berkongsi tentang keinsafan, keluarga dan erti menjadi seorang ayah. Dengarkan perbualan yang sangat terbuka lagi jujur ini dalam Diari Ayah.

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 2 min
  • Hassan Rahman | Bagaimana sejarah hitam kembali bersinar
    May 30 2025

    Episod kali ini membawa kita menyelami kisah luar biasa Hassan Rahman — seorang ayah kepada 6 anak, usahawan dan pengasas Rebuild Podcast. Dahulunya bergelumang dengan geng, keganasan dan dadah, Hassan kini berdiri kembali bersinar menjadi inspirasi kepada anak muda.

    Beliau berkongsi detik-detik hitam hidupnya — dari boys home ke RTC hingga DRC — dan bagaimana kelahiran anak pertama serta keazaman selepas kejatuhan kedua, menjadi titik tolak perubahan sebenar. Hari ini, beliau bersama isteri membangunkan Shima Matin Bridal Services dan Merce Hair Studio, sambil terus menyebarkan mesej harapan dan transformasi melalui Rebuild Podcast.

    Episod ini bukan sekadar cerita seorang bekas pesalah — ia adalah kisah tentang kasih ayah, peluang kedua dan kebangkitan seorang lelaki.

    📌 Dengarkan bagaimana Hassan boleh bangkit semula — demi keluarga, masa depan dan diri sendiri.

    If you benefit from this episode, please consider to support us: https://www.buzzsprout.com/416491/support

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    58 min
  • Ahmad Syarifullah (Syarif Sleeq) | Dari R&B ke F&B
    Jan 16 2025

    Ahmad Syarifullah atau lebih dikenali sebagai Syarif Sleeq pernah menerangi dunia hiburan. Kini beliau seorang ayah kepada 2 orang anak dan sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan. Perjalanan ayah muda ini menjadi tumpuan Diari Ayah kali ini. Banyak pelajaran yang boleh kita timba daripada seorang yang sudah berhijrah dari dunia R&B ke dunia F&B.

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    57 min
  • Chef Bob | Kehilangan orang yang disayangi | Doa membuka cawangan perniagaan terkabul
    Nov 29 2024

    Dalam musim ketiga, musim terbaru Diari Ayah, saya bertemu ayah-ayah muda. Chef Bob mengongsi perjalanan jatuh bangun perniagaan dan bagaimana beliau menguatkan diri atas kehilangan orang-orang yang beliau sayangi. Jom layan podcast Diari Ayah (:

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 18 min
  • JOYY | Keluar daripada kesusahan dan buat niaga untuk orang Singapura
    Jul 15 2024

    Afiq atau Joyy, seorang warganegara Malaysia bekerja di Singapura selama 10 tahun. Sambil bekerja beliau muatnaikkan content di TikTok dan mempunyai ribuan penyokong. Kemudian semasa beliau menghadapi kesusahan yang teramat sangat, beliau berusaha berniaga dan penyokongnya dari Singapura yang banyak membantu. Dengarkan cerita Joyy dan bagaimana beliau membina syarikatnnya Joyy Colony Empire.

    Episod kali ini juga penuh dengan nasihat bagi mereka yang teringin bekerja dan mencari rezeki di Singapura.

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 10 min
  • Den Sabari hampir dirompak namun peristiwa itu membuka peluang bertemu Datuk Yusof Haslam
    Jun 12 2024

    Sudah lama dia tak menampilkan diri di kaca TV. Den mengongsi bagaimana dia mula berlakon dan pengalamannya dapat peluang bekerja dengan Datuk Yusof Haslam. Dalam episode Diari Ayah kali ini, kami mengenali lebih lanjut lagi Den Sabari seorang yang kenal erti ‘survival’ dalam hidup dan bagaimana beliau berhijrah daripada seorang pelakon menjadi seorang usahawan. Seorang ayah dan suami kepada hos terkenal Huda Ali yang sentiasa berusaha demi keluarga.

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    1 ora e 33 min
  • Diari Ayah: Shahz Jaszle
    May 28 2024

    Shahz Jaszle, seorang pelakon dan usahawan dari Malaysia, mengupas tentang apa yang memberinya motivasi untuk terus mengembang sayapnya dan capai cita-citanya. Shahz juga mengongsi nasihat dan mengenang detik detik bersama arwah ayahnya yang telah membentuknya untuk menjadi siapa dirinya sekarang.

    Support the show

    Mostra di più Mostra meno
    38 min